Biar Betul!!! Pulau Pinang Iktiraf LGBT?

Makin hari makin lantang pulak geng LGBT ni memperjuangkan hak mereka yang kononnya tertindas sebagai seorang rakyat Malaysia. Bagai tak boleh ditegur, mereka ni cepat mengkritik mana-mana individu yang point out kesalahan mereka tambah-tambah pula bagi yang beragama Islam.

Perkara ni lebih mengecewakan apabila terdapat beberapa acara yang diadakan melibatkan golongan LGBT dilihat seperti telah diiktiraf oleh kerajaan negeri dan persekutuan. Menurut Sinar Harian, baru-baru Pulau Pinang mengadakan Festival Georgetown di Dewan Sri Pinang.

Festival ni jelas-jelas dilihat macam menyokong golongan tersebut secara terbuka bila gambar ikon LGBT macam Siti Kasim dan Nisha Ayob telah dipamerkan dengan bangganya. Lebih memalukan apabila festival ni jugak katanya telah mendapat sokongan penuh daripada aktivis LGBT Melayu dan beragama Islam. Fuh biar betul ni!

Perkara ni sekaligus mendapat kritikan daripada pendakwah Firdaus Wong Wai Hung yang merasakan kita perlu keluar dari zon selesa dan lakukan bantahan tegas kalau LGBT ni mula ajak kita sokong kesongsangan dorang.

Bagi Firdaus, kalau golongan LGBT ni rasa hak dorang tak dihormati, maknanya dorang jugak tak hormati hak orang lain yang tak menyokong LGBT. Hmm lebih kurang macam playing victim lah dorang ni kan?

Tak cukup dengan tu, Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail jugak mengecam promosi yang diberikan Festival Georgetown kepada golongan LGBT ni.

“Adakah kerajaan negeri sengaja mahu mencetus kekecohan antara agama di negara ini?

“Kami mendesak agar Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang campur tangan kerana melibatkan orang Islam yang jelas memperjuangkan budaya songsang yang diharamkan oleh Agama Islam,” kata Mohd Norhiesam.

Apa-apapun diharapkan pihak yang berwajib buatlah sesuatu demi mengekang nilai-nilai buruk ni dari terus berkembang ke jiwa masyarakat sekarang.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *