‘Gaji RM250,000 sebulan, tapi mengeluh tak cukup’ – Aliff Syukri

Sekiranya sebelum ini jutawan kosmetik Aliff Syukri telah mendedahkan yang beliau pernah mempunyai simpanan sebanyak RM5 juta ketika berusia 23 tahun, kali ini beliau telah berkongsi pula jumlah pendapatan bulanan beliau.

Menerusi sesi ‘Awak tanya saya jawab’, Aliff Syukri telah menjawab beberapa buah soalan yang diajukan oleh pengikut beliau di Instagram antaranya mengenai gaji bulanan beliau.

Tanpa mahu berselindung, jutawan itu memberitahu yang beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM250,000 sebulan.

Walau bagaimanapun, Aliff Syukri memberitahu yang jumlah yang diterimanya itu masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya sehinggakan beliau terpaksa menjual IG review bagi mendapatkan pendapatan tambahan.

Jawapan jujur jutawan itu telah mendapat respons yang positif daripada para pengikut beliau yang memuji kesungguhan beliau yang tidak mengenali erti penat mencari rezeki untuk keluarganya.

Selain daripada itu, Aliff Syukri turut menjawab pelbagai soalan yang lain daripada para pengikutnya antaranya mengenai kereta Ferrari yang dimilikinya dan jumlah PA beliau.

sy suka bawa kete family car puas hati sbb besar.. korang setuju tak?

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Lebih menggelikan hati mendengar jawapan beliau setelah ditanya sama ada beliau pernah didekati oleh wanita-wanita lain setelah bergelar seorang jutawan.

siapa setuju dgn saya??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sumber : Aliff Syukri via ohmymedia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *