Ini bilik tidur ke lubang kubur?

Sapa yang dapat offer kerja jauh dari tempat asal memang terpaksalah carik rumah sewa yang sesuai. Tambah-tambah lagi kalau cari rumah atau bilik kat kawasan bandar, dahlah nak cari bilik yang sesuai satu hal, sewa mahal pun satu hal jugak!

Individu di Twitter ni meluahkan rasa bengangnya bila dia ditawarkan bilik sewa yang tak padan langsung dengan harga yang sepatutnya.

Individu ni sedang cari bilik sewa sekitar Shah Alam sebab dia akan melapor kerja pada bulan 8 ini. Lalu dia pun tanyalah mengenai keadaan rumah tersebut yang terletak kat Padang Jawa dan minta tengok gambar bilik tersebut daripada pemiliknya.

Memang teperanjatlah dia bila tengok bilik besar tu je sewa sampai RM 280 sebulan! Dah tu air-cond pun dapat separuh je kena sebab kena share dengan orang sebelah. Bijak sungguh owner ni.

Kebanyakan netizen garu kepala tengok kondisi rumah ni. Ramai jugak yang tak tahan gelak sebab dorang sendiri rasa tak masuk akal langsung!

Ada jugak netizen yang bagi cadangan supaya jadi kan bilik tu macam konsep yang dibuat kat Hong Kong dan UK. Sebab kat sana dah biasa sangat dapat bilik saiz tu. Oh macam tu..

Apa-apa pun, indidvidu ni dah berjaya cari bilik sewa yang betul-betul selesa dan bukan yang tak masuk akal macam ni.

Owner rumah kalau nak kaut untung pun tolonglah bersikap waras dan adil sikit. Janganlah aniaya orang desperate.

Sumber : Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *