Manifesto PH, babi pun boleh terbang! – Ellie Suriaty

Semenjak dua menjak ni kalau korang perasan, nama aktres terkenal Ellie Suriaty Omar kian disebut-sebut di dada akhbar. Bukan sebab lakonan atau drama yang bakal ditayangkan kat TV, tapi pasal tindakannya menyokong Datuk Seri Najib secara habis-habisan.

Baru-baru ni, Ellie Suriaty dikatakan ‘meroyan’ lagi lepas memuat naik posting di Instagram mengecam kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan cakap tak serupa bikin. Menjelang 100 hari memerintah Malaysia, Ellie anggap manifesto PH hebat sangat sampai babi pun boleh terbang. Amboii!

“Sebelum, semasa PRU ke-14 kempen janji-janji 100 hari Manifesto HARAPAN oleh calon-calon HARAPAN, dia punya berkobar-kobar menjanjikan sebuah mitos sampai babi pun boleh terbang!

“Sekarang sudah jadi kerajaan HARAPAN, jawapan kepada mitos manifesto HARAPAN yang tak dapat di tunaikan adalah… Manifesto janji 100 hari HARAPAN bukan ada dalam bible, bukan ada dalam kitab suci,” tulisnya.

Malah Ellie jugak mengecam Perdana Menteri yang asyik memberi jawapan tak tahu dan anggap manifesto ini hanya sebagai garis panduan.

“Manifesto janji 100 hari HARAPAN cuma garis panduan saja. Hmmh! Garis panduan apa tu?

“Mesti jawabnya: ‘Saya tak tahu’… Kini babi tak boleh terbang lagi… Babi berenang-renang pula dalam sungai yang nyaman! Oh ya, ternakan babi akan dinaik taraf juga! Tahniah kerajaan HARAPAN,” tambah Ellie.

Posting di Instagram ni telah mendapat pelbagai kecaman daripada pengikutnya yang mengatakan Ellie sedang ‘meroyan’. Walau macam manapun, Ellie tak duduk diam dan balas komen netizen dengan jawapan yang pedasss. Fuh fuh!

Sudah-sudahlah tu kan bergaduh pasal politik. Harap Ellie dan netizen lain boleh bawak bersabar kejap tentang isu politik ni. Biar yang arif je uruskan.

Sumber : Instagram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *